Tuesday, November 08, 2011

.:Korban oh Korban:.

hiii..yeyey..syoknye..dapat sembahyang raya.. hee..yela, harusla sonok.. setahun 2 kali je dapat sembahyang raye..tu tuk yang laki, klu kena kat perempuan tetibe time tu datang bulan nye, ha..sekali je..x pun x 2 2 x dpt..hehurmm..
slal pepagi raye duk sibuk kemas uma la, idang makanan la, nk isi kueh lam balang ag..tp, kli ni try amek mase ckit tuk wat ibadah..bersujud,bertasbih, dan bersyukur kepadaNYA..

jom bace ckit2 tentang citer asal usul aidil adha ni..


Dada suatu hari, Nabi Ibrahim bermimpi akan suruhn Allah untuk menyembelih anaknya yang bernama Ismail. tersedar dari mimpi tersebut kemudian Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah mereka Nabi Ibrahim, siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata,  mungkin mimpi itu mainan tidur shja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu ianya wajib dituruti. apabila mendengar kata-kta ibunya, Ismail berkata kepada ayahnya "ayahku, sekiranya ini meruakan wahyu dari Allah S.W.T, aku merelakan diriku utk disembelih."
setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nbi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail utk disembelih. perkara tersebt diketahui oleh orang ramai sehingga ada yang mengatakan Nabi Ibrahim sudah gila sehingga mahu untuk menyembelih anak sendiri dan beranggapan jika tidak dihalang mereka pun mampu dibunuh oleh beliau.
walau apapun tanggapan orang, Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintah oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya sampai ke tempat yg dituju, berkatalah anaknya "Wahai ayahku,aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan melungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan teat kepada leherku. Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. sebagai manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya. Tetapi alangkah terkejtnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-danya berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dr Allah S.W.T

so now, pe yang sanggup kiter berkorban tuk dapat kan keberkatan n keredhaan Allah S.W.T agar Allah sentiase dekat dihati kite..? jika kita selalu dekatkan diri kiter dengan Allah maka Allah pon sentiasa dekat dengan kiter..



No comments:

Post a Comment